Posts tagged ‘UMT’
Kerana Budu Setitik 1…
Tajuk post kali ni berkait rapat dengan ITAC. iaitu camp yang aku baru lepas join selama 3 hari 2 malam yang lepas. 1st off all.. terima kasih kat kawan-kawan sebab ajak aku pergi dan yang paling penting, tak menyesal lah pergi.. yang tak pergi tu akan menyesal gile!!!. keseronokkan, jamming dalam hutan, ukhuwah diantara rakan-rakan takkan dapat kita
rasa kalau tak join program ni, lagi-lagi, program ni langsung tak terlibat dengan lecturer atau pihak berwajib (dipihak umt). syabas aku ucapkan kat AJK, Fasi, dan jugak peserta yang menyertai. memang korang betul-betul handal lah dalam handle program yang aku kira satu program yang besar sebab melibatkan tempat yang luar daripada UMT.
Dan yang bestnye oleh sebab tanpa melibatkan pihak yang lebih atasan. kita-kita jer, camping kali ni dirasakan lebih kurang formal, dan lebih enjoyable. dengan diselit beberapa aktiviti ilmiah, namun tetap enjoy, sebab camping bila kita rasa tidak terlalu terkongkong, kita akan rasa heppi dan yang pentingnya semuanya selamat.
so sini aku akan menulis sedikit report apa yang boleh aku ulas tentang program yang dilaksanakan dengan jayanya walaupun ada beberapa perkara yang tidak kita inginkan berlaku.
so bermula aku, kamen rider dan juga topek a.k.a tukang karut, yang mana aku pergi jemput dierorg di rumah, then seterusnya bawa ke asrama untuk menguruskan hal-hal peserta, then dengan 3 buah kereta, kiteorg konvoi dengan kete aku depan skali, tengah2 kete turbo jimmy then kete midin di belakang skali. so kiteorg bertolak lebih kurang dalam pukul 4.00 petang, singah rumah abg najie sekejap pinjam ground dan fly (insyAllah nanti sebelum gi next trip to pulau kapas aku akan beli sendiri lah).
then seterusnya, aku teruskan perjalanan, melalui jalan pantai dan terus ke guntung luar. kiteorg punya perjalanan smooth jer, dengan gelak tawa sebab aku set kan satu frekuensi untuk kite semua guna. so ketiga-tiga walkie talkie aku, aku pas kat kete lain untuk kita sama-sama bersembang waktu berkonvoi.
Sampai kat Agro resort, kamen dan topek menyelesaikan proses pendaftaran, aku lepak-lepak sekejap then angkut semua khemah ke tapak perkhemahan. kiteorg pilih tapak yang lebih indah yang bersih dari daun2. hahaha (kunun) then ingatkan tempat dah betul, so kiteorg start buke khemah untuk pacakkan untuk peserta yang belum lagi sampai. so duk sronok2 bukak dan susun khemah-khemah, datang brother treking yang bagi maklumat. die cakap, kiteorg nyer tapak kat sebelah yang penuh ngan daun-daun and sampah-sampah, tapak yang kite duk tu adalah tapak untuk budak-budak kolej matrikulasi pahang yang akan datang pada hari jumaat untuk buat program ilmiah ape ntah.
so kami pun berpindah ke tapak sebelah, tapi ok lah, kemudahan dewan, tandas yang elok untuk kiteorg memang bagus lah, cuma keadaan yang bersepah dengan daun kering dan jugak sampah-sampah (yang dieorg dah kumpul). so start-start khemah pasang, then group yang menaiki bas pun sampai. dierorg sampai terus diberikan taklimat yang ringkas oleh brother-brother. then terus pasang khemah.
so waktu dierorg pergi solat, aku pun keluarkan kelengkapan aku pulak, time aku plak buat banglo aku untuk 3 hari 2 malam ni. so aku nyer banglo simple, just hamock fly n ground. Alhamdulilah petang yang asalnya tadi nampak macam nak hujan, tapi tak jadi hujan, tuhan bagi rahmat untuk permudahkan perjalanan program kiteorg.
so 1st program malam tu adalah LDK, berkenalan dengan kumpulan-kumpulan ldk, dan masa ni lah kiteorg pening skit, nak pikir lagu chear song. aku memang dok brahi skali lagu chearsong ni. tambah lagi kalau ahli kumpulan pemalu dan takmo buke mulut. So takpe lah, same-same kite je kan. so takde masalah.
then padal malamnya aku tolong group ajk untuk tolong si kamen dan ABI handle program night walk/ burung hantu. so lepas survey2 tempat, kiteorg berpendapat, buat kat tepian jalan aje, demi keselamatan adik-adik, takut terjadi perkara kali ke dua. so masa ni lah program yang paling penat, sebab seramai lebih kurang 80 orang tu, terpaksa mengambil laluan sejauh 1km untuk tempatkan dierorg, asalnya patut program habis pukul 2, lonjak sampai pukul 3.30 baru habis. kesian kat adik-adik, pukul 5.00 dah nak kene bangun. so program night walk ni memang ada yang melucukan tapi lucu pun perkara tu memang patut dierorg yang lalui akan lakukan. Ada yang duk selawat, ada yang duk baca surah-surah lazim, ada baca bismillah pun ada. hehehe. lucu, tapi thats a good way to takeover rasa takut tu. Alhamdulilah, takde apa-apa perkara yang tak di ingini berlaku. walaupun terdapat beberapa binatang “buas” yang mengangu pada waktu program tu, tapi dapat ditangani dengan beberapa hantaran mercun bom yang aku bawak. sebelum program aku dah lempar, tapi masa program binatang tu datang jugak lagi. so mintak maaf lah ye adik-adik terpakse mengejutkan adik-adik bukan sengaja..
so esoknya program seterusnya ialah program poco-poco dan jugak program rafting dan jungle treking..
to be continue…
—————-
Now playing: Wali – Orang Bilang
Email dan reply Dari MPP
> Assalamuaikum WBT > > Minta sedikit informasi. pelajar yang tinggal di luar (bukan asrama) > kenapa tak di benarkan parking di parking pelawat? sebab kadang-kadang > kami ada perbincangan kumpulan yang memerlukan kami berbincang pada waktu > malam atau diluar waktu kuliah. jadi lebih memudahkan lah kalau dibenarkan > kami untuk park kereta/moto kat bahagian pelawat tu untuk jangka masa 2-3 > jam (pada waktu malam) sebab kalau nak suruh ahli asrama tu datang ke > kawasan library pada waktu malam. kalau perempuan berseorangan rasanya > kurang elok kot. > > pihak mpp ade fight tak untuk dapatkan parking lebih untuk student jugak? > ye lah kan. universiti ni kan untuk student. kalau takde student takde > jugak staff nak bekerje. macam kat bahagian blok fst, ade kawasan untuk > staff parking kat dalam electronic gate tu, tapi dierorg tak park dalam tu > pun sebahagian jer. then berebut2 parking lain dengan student. so rasanya > tak adil bagi student jugak kan. > > mohon penjelasan dari pihak mpp.. terime kasih > > More…
Final Year Exam Comming
Assalamualaikum Wbt
lama tak post crite mengarut dalam blog ni, so dalam perjalanan menghabiskan semester 4 ni, macam-macam hal terjadi, kadang2 malas nak pikir pun ade.