Pita, test dan kehidupan
semua berkait rapat, Project Akhir, Test dan Life…
PITA, kalau kite tak buat dengan bersunguh-sunguh, hasil mesti tak akan memuaskan, bila tak memuaskan result kita akan jatuh, dengan usaha yang penat lelah untuk mantain dari semester 1-5 tiba2 sem 6 pita menyebabkan result aku jatuh, conform kat situ akan ada kekecewaan. mungkin adil ke? dan untuk result tu jugak, test dan exam adalah perkara yang jugak penting untuk memastikan result aku tak jatuh. tapi masa ni lah nak kene hantar n submit PITA, dan masa ni juga ada test dan juga menghampiri final exam. mana satu nak pilih? kalau keadaan hari ni last date kena hantar report. then malam ni ade test? macam mane ye nak bahagi masa? ya mungkin satu kesilapan sebab lewat start study.. tapi sbnrnye tak pernah aku lewat start study, setiap kali exam/test memang akan start 2 minggu awal atau paling-paling busuk pun seminggu awal. tapi keadaan kali ni tak membenarkan aku berbuat begitu kerana ‘feel’ kepada project akhir terlalu menebal sampai tiap2 hari mengadap project akhir tu.
presentation aku smalam pun ntah ape-ape, apa yang dirancang untuk dibentangkan tak seperti yang dirancang, ntah kenapa keadaan jadi huru hara, sistem dan research aku dapat disiapnkan, nak present keseluruhan sistem yang aku buat dengan susah payah…. tak menjadi kenyataan.. sistem yang aku present nampak kecik bangat. padahal mende tu lah tiap-tiap hari aku mengadap. kejut tidur sistem.. hermmm rasa macam effort yang diberikan tak berguna..
takpelah, pasrah jer lah dengan fyp ni, yang penting apa yang aku usahakan dah sampai tahap max, dan pertama kalinya aku rasa aku tak tau nak buat ape dah dengan sistem aku ni.. ngan tesis pun dah jadi ala-terabur. padahal, aku nyer usaha dari pagi sampai ke petang.. malam masuk umt lagi sambung, sampai ke 2-3 pagi.. then time for me to rest.. kang tak pasal2 subuh gajah. tapi apakan daya, mungkin itu sahaj yang mampu aku bagi to my mom and dad.. sorry kalau your son is not doing so well this semester. i hope you will always proud of me.
kembali kepada test… 2 test berturut-turut membuatkan aku stuck. kadang2 lebih sronok nyer kalau test2 ni diselesaikan sebelum start ‘minggu PITA’. dan skarang ni minggu untuk study week dihabiskan masa untuk study test.. how about final exam? will it become like ‘test’ also..
result utk semester akhir ni aku tak berapa berharap sangat, walaupun dr suzuri selalu bagi kata semangat, jangan tak berharap.. jangan aim kepada yang rendah, tapi keadaan semasa membuatkan aku rasa lebih baik jangan berharap kecuali aku percaya dengan kejayaan aku semester ni. cuma harapan jangan lah jatuh sangat cgpa tu.. payah nak stay di situ… seperti keadaan kita diatas bangunan, sebelah kaki berada di atas bangunan sbelah lagi tidak memijak mana-mana bahagian.. bila-bila masa kalau ditiup angin kita boleh jatuh.
so i will declared this semester is the worst ever semester in my student life. yang penting… no life at all!!!!
p/s : silent reader, please for this time, put some comment whenever you visit my blog..



