Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

Ikhlas dalam bekerja

Pernah tak kita rasa bosan dengan pekerjaan yang kita lakukan? Dan Rasa seperti ingin berhenti kerja dan duduk goyang kaki sahaja di rumah?. Seronok kan kalau tiap-tiap hari tidak perlu bangun awal ke tempat kerja, tidak perlu sakit kepala memikirkan hal kerja tidak hanya goyang kaki di rumah.

Perasaan penat dan bosan itu adalah perkara lumrah bagi setiap manusia yang bergelar pekerja, Namun begitu apabila memikirkan hal berkaitan duit yang amat diperlukan dalam kehidupan, cepat kita buka langkah dan lupakan perasaan itu seketika.

Sejak dari kecil lagi kita sudah menanam impian dan memang diajar untuk menanam impian, masuk sekolah, cikgu akan mula bertanya, “cita-cita awak nak jadi apa?”. Bukan hanya disekolah, akan tetapi sewaktu di universiti, Saya masih ingat sewaktu mula-mula menjejakkan kaki di KUSZA dulu, pada minggu orientasi, setiap orang perlu memperkenalkan diri dan menyatakan cita-cita, dan salah seorang rakan saya ini menyatakan cita-citanya ingin menjadi guru tadika walhal kursus yang diambilnya pada waktu itu adalah teknologi maklumat!.  Namun begitu tidak semua yang di impikan akan dicapai. Yang sebenarnya ketika itu apa yang ingin dipupuk adalah niat kita itu sendiri iaitu untuk berjaya.

Tidak berjaya dalam apa yang kita inginkan sememangnya amat mendukacitakan,  Namun begitu, perlu lah kita ingat, di mana kita di letakkan di situ adalah rezeki kita. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, “nak hidup punya pasal..”.

Setiap apa yang kita lakukan sehari-hari adalah bermula dengan niat, Solat yang menjadi tiang Agama bermula dengan niat.  Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An’am ayat 162 di dalam solat,

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam”.

Setiap kerja yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan keikhlasan, keikhlasan itu akan membawa kepada kemurnian dalam kerja kita sehari-hari. Keikhlasan dalam bekerja juga adalah satu ibadat dan jika dilakukan dengan ikhlas akan diberi ganjaran oleh Allah. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An’am ayat 162 di dalam solat,

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam”.

Oleh yang demikian, dari kita merungut bangun pagi untuk ke tempat kerja, merungut kerja yang diberikan terlalu banyak. Lebih baik setiap pagi, kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Tiada lagi istilah curi tulang, makan gaji buta dalam hidup kita. Gaji dapat, Pahala pun dapat, Alhamdulilah..

Terdapat satu kisah yang mana suatu hari ketika baginda Rasulullah s.a.w duduk-duduk dengan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh bersemangat seorang sahabat lalu berkata,

“Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya di gunakan untuk fisabilillah.”

Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah bersabda,

“Jangan kamu semua berkata demikian, sebab org itu kalau keluarnya dr rumah untuk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anak nya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah.Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kepada org lain, itu pun fisabilillah.Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang di milikinya atau untuk bermegah-megah maka itu lah fisabilis syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan.”
(Riwayat At-tabrani)

Justeru bagi lelaki atau wanita, berusahalah dengan keringat sendiri kerana itulah sebaik-baik rezeki. Berusahalah juga dengan ikhlas.

Wallahualam.

 

Post

Apabila wang mengatasi segala2nya

Duit, sekarang sebab duit, semua orang akan sangup melakukan apa sahaja. ya apa sahaja. sebab duit lah ibu sangup melacur untuk menyusukan anak, sebab duit juga pelajar IPT sangup mengadaikan maruah menjadi sugar daddy. dan sekarang sebab duit juga moral sorang makcik kat tempat aku kerja ni daripada aku pandang makcik ni sorang yang bagus, friendly tapi daripada 100% aku letak kepercayaan kat mak cik ni, jadi tinggal 1%.

sebab ape? sebabnya alkesah, aku tercicir tiket parking moto aku kat BTS tu. so aku tak perasan mende tu tercicir (dah tercicir takkan nak perasan kot) so aku pun turun lah ke moto, selup poket tengok tiket takde. so aku pergi kat office security, security tu cakap kene bayar RM35 untuk tiket yang aku perlu bayar park motor RM1. fuiyoooohhh.. so aku usaha dulu cari balik kat office.

naik ke office, duk belek-belek buku tengok bawah meja takde, so aku berasa dengan geng se office pergi tanye kat kaunter security office. kot2 lah ade rezeki orang jumpe hantar kat kaunter.

dan berita gembira makcik tu cakap kat aku “tahniah, ada!”. aku melompat keriangan. TETAPI. syarat untuk ambik balik tiket aku tu, aku perlu BAYAR kat dia RM10. dia cakap, kalau kat bawah kena RM35. tapi kalau awak bagi RM10 then saya bagi balik tiket parking awak yang saya jumpe ni baru awak rugi RM10.

geleng kepala aku bile dengar. ingatkan saje makcik nak gurau2, ye lahkan dah biasa gurau2 ngan dia. rupenye betul dia nak juga RM10. aku plak terkejar2 nak ke hospital tengok ibunda tersayang. so ape lagi bayar jerlah. makcik dengan muka selamba sambut duit RM10 aku tu.

terkejut yang teramat. dia sebagai guard sepatutnya tunjuk teladan yang baik sikit. dah memang biasa kalau orang jumpe barang, apa yang orang lakukan hantar ke pihak berwajib. pihak berwajib kat sini ialah guard lah.

orang macam ni lah biasanya kalau korang tercicir beg duit, jangan harap kalau orang macam ni jumpe duit dalam tu tak ilang atau tak di kebas. tiket bukan milik dia, buat apa dia nak jual juga? pelik kan.

tapi apa pun aku percaya, kat dunia ni ada jgk yang masih baik hati. sebab aku pernah tercicir beg duit sewaktu hantar adik aku ke skolah. so nak jadi nasib ada orang jumpe. orang tu call aku cakap dia ada jumpe wallet aku. so malamnye aku gi ambik, satu mende pun dalam tu tak terusik kecuali kad dalam tu dia geledah sebab nak cari no phone aku.

apa salahnya kita jaga amanah yang Allah bagi kepada kita tanpa ada rasa nak ada balasan dunia? korang tolong orang buta nak melintas, korang mintak tak duit upah? so mende yang sama, Amanah orang korang jaga sekejap, tapi korang mintak balasan, tu bukan moral yang baik lah. takpun korang jumpe RM50, RM10 korang ambik sebagai upah jumpe RM50. see? this is what happen. that tiket is price RM35 (if lost) so upah makcik tu jumpe (tak tau lah die jumpe ke atau orang lain jumpe pass kat dia) then charge me RM10.

insane. dan walaupun mulut aku kata halal, hati aku TAK. kawan-kawan aku yang sama2 ikut mase cari tiket tu suruh aku email kan ajer kat bos security. tapi aku ade hati budi jgk, takkan sebab RM10 makcik tu nak kene buang kerja plak ke ape ke. kesian plak sebab RM10 aku tu, tutup rezeki orang. kalau aku buat gitu jgk, so maksudnya aku sama macam makcik tu. harap-harap one day dia terkena jgk macam aku, so dia akan berfikir banyak kali tentang apa yang dia pernah buat kat orang lain

wassalam

Post

Anak-anak

Sebelum ke topik sebenar kenapa posting ini di hantar, disini ambe nok berkongsi petua dengan pembaca guane nak memastikan sewaktu hujan astro korang takde ganguan siaran (rumah ambe slalu jadi gitu bila hujan jer memang jadi no signal) so caranya ialah mengunakan petua seperti gambar dibawah.

Ok selesai lawak yang tak berapa lawak kat atas, balik kepada tajuk asal.

Dulu, mak ayah aku slalu pesan, balik sebelum magrib, tak elok merayau selepas magrib, dan kita sendiri sebagai orang melayu memahami, merayau2 selepas magrib @ berpeleseran selepas magrib adalah tak manis, lagi-lagi masih dibawah umur. tu selepas magrib, dan dah jadi satu kebiasaan kita, melewati pukul 12 adalah waktu untuk tidur, dan orang normal sewaktu itu sudah berada di rumah. jadi jika seseorang yang dibawah umur masih berada diluar rumah pada waktu 2pg itu bukan sesuatu kebiasaan dan mengikut normal masyarakat.

p/s setuju dengan suara-suara yang mencadangkan agar diwujudkan curfew kepada budak-budak yang dibawah umur kecuali ditemani keluarga/ibu bapa.