mobile
Yeah.. my blog now support mobile. aduh, betul ke ayat aku nih. hahaha, maksud aku nak cakap ialah, blog aku skarang ialah mobile friendly, so kalau korang yang pakai phone symbian ke, iphone ke , android ke.. view blog aku adalah seperti lebih mesra.. bak kata bob af “messssraaaaaaa!”
so oleh sebab dah ngepos mende baru ni. so aku pun skarang dah tambah satu lagi hobi baru, dan ada blog dah untuk tempat aku menunjukkan karya aku,tapi belum lagi bersedia untuk di launch sebab masih dalam peringkat pembangunan. nanti dah tiba masa, insyAllah aku akan inform lah, yer lah kalau aku berkarya, takkan lah takmo bagi orang baca/tengok, kalau takmo bagi baca/tengok baik takyah post kan ?
tapi ada juga yang jenis post something, berblogging tapi tak mau orang lain baca (i’m not talking people who make their blog private) so bile kite buke blog die, cakap kite baca blog die, mula lah.. “eh jangan lah buke” ”eh malu lah baca”
so tu jer lah melalut di malam-malam hari ini. di pengakhiran bulan 12 ni, aku berdoa semoga rezeki aku ada ‘disana’. dan harap-harap by january i’m started to hearing a good news from UMT.
hopefully~
Rezeki
Assalamualaikum Wbt,
Banyak mende nak bercerita, sehinggakan tak tercerita sebenarnya, siap ada dalam kepala macam nak buat novel pun ade, ala-ala nak buat cerita bersiri gitu. ekekeke. tapi gitulah masalahnya hanya satu, masa, bila ada idea, takde masa, bila ada masa, takde idea, gitu lah pusing memusing. So dalam post kali ni nak cerita pasal rezeki pulak. Antaranya tentang pengalaman interview SPA, dan akan dikongsi juga perbezaan interview SPA (govt) dengan interview swasta / Separa kerajaan
so aku akan start dengan interview di sektor swasta.
so stakat ni 3-4 company dah aku di interview di sektor swasta ni. syarikat pertama ialah melalui phone iaitu shell, lepastu EON, then Umobile, UMT (UMT aku letak di swasta sebab separa kerajaan)
so mostly syarikat swasta ni syarikat yang akan mencari mereka yang boleh buat kerja untuk syarikat dia. sebab apa aku kata macam tu? sebabnya semua soalan adalah berkisar bidang kerja yang kita akan tempuhi. dierorg pun akan tanya bukan apa yang tertulis dalam buku. tapi real job punya pertanyaan. takkan ada tanya “apa itu mouse”, “apa itu network”. sebab soalan-soalan tu boleh cari dalam kamus/buku.
apa yang takde dalam buku atau di ajar dalam buku ialah skill dan logic. sebab tu jika soalan begitu ditanya, dan anda boleh dijawab dengan baik, tidak mustahil akan diterima kerja.
so end up for swasta, in other hand, swasta job interview adalah lebih kepada straight forward. you know how to do the job. we will take you. that’s it.
berbeza dengan interview SPA. you must know all regardless what you can read in perlembagaan malaysia. and untuk teknikalnya, korang buka balik buku sewaktu sem satu iaitu buku berkaitan dengan “apakah itu teknologi maklumat” sure korang boleh jawab dengan baik. korang takda skill kerja? jangan bimbang, sebab dierorg takkan tanya, korang takde logic (tak boleh buat program dengan baik) jangan bimbang. sebab pernah satu soalan di ajukan pada aku sewaktu temuduga, iaitu apakah perbezaan portal dan html web. so aku pun jawab lah dengan bersunguh-sunguh dari segi teknikalnya tentang programming nyer, tapi interviewer tu boleh pulak cakap, “saya tak mahu tahu dari segi teknikal” hahah.. then dia nak dari segi ape? Aku keje pegawai it, mesti tugas aku maintain mende tu, twk pun buat mende tu so kalai aku tak tak dari segi teknikal, aku keje nanti semua system sub kat company lain, senang benor keje pegawai it ni yer. So jawapan yang die nak dari segi portal tu lebih interaktif, mudah tarik minat pengguna hahahha ni jawapan makcik jual goreng pisang tak blajar it pun bleh jawab.
So kat sini aku tak pertikai mudahnye nak jawab waktu interview spa, tapi aku pertikaikan samada kerajaan nak ambik pekerja yang boleh buat kerje atau pekerja yang dapat kerja then serah pada vendor untuk buat. Antara soalan lain pasal network, apa itu network die bleh tanye? Ishhhh kalau betul2 lah die nak cari yang bleh buat network baik die terus tanya jenis2 cable, susunan warna cable utk straight/cross so yang boleh jawab tu confirm lah yang ade basic network. Dan interviewer tegur aku sebab aku selalu jawab tentang sistem ni terlalu teknikal. So mungkin die nak aku jawab basic2 jer.
Dua2 ni amat berbeza, dari situ aku boleh lihat lah perbezaan interview cari pekerja yang boleh buat kerja. So hasilnya kita pun boleh tau jgk lah, betul tak?
So nasihatnya, sapa yang gi interview swasta/badan berkanun siapkan diri anda dengan ilmu buat kerja/skill/pegetahuan bidang korang, tapi kalau interview spa, buka buku perlembagaan pastu buka buku pengenalan komputer dan hafal, sure korang boleh dapatnye
So cerita plak pasal interview kat umt, alhamdulilah bleh jawab dan soalan2 nya bukan berkisar ‘apa itu teknologi’,'apa itu network’ soalannya lebih kepada jobscope yang aku apply dan minat. So soalannya mmg utk cari pekerja yang boleh buat kerja, So berharap sangat kali ni dapat lah, kalau dapat aku takkan lah hampakan mereka yang support dan rekemen aku untuk di interview and i know i can do it.
