long time no see
fuh~ berabuk blog ni lame dok update. duk KL sibuk mende lain, duk Tranung sibuk mende lain pulok. jadi sibuk sokmo.
tapi sebenornye sebab twitter dan facebook lah jadi kurang update blog skarang. so skarang ni dah kerje tempat baru, persekitaran baru Alhamdulilah semuanya Ok.
sekarang ni duk sibuk setup server windows untuk jadikan intranet server application. so tengah pikir ni apa2 opensource application yang all in one
untuk buat intranet ajer, kegunaan staff dalaman.
kalau takde baru nak developed sendiri. skarang ni developed sendiri ni dah jadi last choice.
samping tu juga aku sekarang tengah memikirkan tajuk yang sesuai utk master. skarang dah jumpe beberapa tajuk pilihan bagi aku tak susah dan tak payah. ekeke… same je kan? tapi gitu lah
so uols, i nak berkongsi lagu yang hits buat masa skarang. dan i nak cadangan uols yang slalu buat bengkel pupuk smangat ke atau nak naik semangat cintakan negara boleh pasang lagu ni kuat2.
layanzzzz
Apabila wang mengatasi segala2nya
Duit, sekarang sebab duit, semua orang akan sangup melakukan apa sahaja. ya apa sahaja. sebab duit lah ibu sangup melacur untuk menyusukan anak, sebab duit juga pelajar IPT sangup mengadaikan maruah menjadi sugar daddy. dan sekarang sebab duit juga moral sorang makcik kat tempat aku kerja ni daripada aku pandang makcik ni sorang yang bagus, friendly tapi daripada 100% aku letak kepercayaan kat mak cik ni, jadi tinggal 1%.
sebab ape? sebabnya alkesah, aku tercicir tiket parking moto aku kat BTS tu. so aku tak perasan mende tu tercicir (dah tercicir takkan nak perasan kot) so aku pun turun lah ke moto, selup poket tengok tiket takde. so aku pergi kat office security, security tu cakap kene bayar RM35 untuk tiket yang aku perlu bayar park motor RM1. fuiyoooohhh.. so aku usaha dulu cari balik kat office.
naik ke office, duk belek-belek buku tengok bawah meja takde, so aku berasa dengan geng se office pergi tanye kat kaunter security office. kot2 lah ade rezeki orang jumpe hantar kat kaunter.
dan berita gembira makcik tu cakap kat aku “tahniah, ada!”. aku melompat keriangan. TETAPI. syarat untuk ambik balik tiket aku tu, aku perlu BAYAR kat dia RM10. dia cakap, kalau kat bawah kena RM35. tapi kalau awak bagi RM10 then saya bagi balik tiket parking awak yang saya jumpe ni baru awak rugi RM10.
geleng kepala aku bile dengar. ingatkan saje makcik nak gurau2, ye lahkan dah biasa gurau2 ngan dia. rupenye betul dia nak juga RM10. aku plak terkejar2 nak ke hospital tengok ibunda tersayang. so ape lagi bayar jerlah. makcik dengan muka selamba sambut duit RM10 aku tu.
terkejut yang teramat. dia sebagai guard sepatutnya tunjuk teladan yang baik sikit. dah memang biasa kalau orang jumpe barang, apa yang orang lakukan hantar ke pihak berwajib. pihak berwajib kat sini ialah guard lah.
orang macam ni lah biasanya kalau korang tercicir beg duit, jangan harap kalau orang macam ni jumpe duit dalam tu tak ilang atau tak di kebas. tiket bukan milik dia, buat apa dia nak jual juga? pelik kan.
tapi apa pun aku percaya, kat dunia ni ada jgk yang masih baik hati. sebab aku pernah tercicir beg duit sewaktu hantar adik aku ke skolah. so nak jadi nasib ada orang jumpe. orang tu call aku cakap dia ada jumpe wallet aku. so malamnye aku gi ambik, satu mende pun dalam tu tak terusik kecuali kad dalam tu dia geledah sebab nak cari no phone aku.
apa salahnya kita jaga amanah yang Allah bagi kepada kita tanpa ada rasa nak ada balasan dunia? korang tolong orang buta nak melintas, korang mintak tak duit upah? so mende yang sama, Amanah orang korang jaga sekejap, tapi korang mintak balasan, tu bukan moral yang baik lah. takpun korang jumpe RM50, RM10 korang ambik sebagai upah jumpe RM50. see? this is what happen. that tiket is price RM35 (if lost) so upah makcik tu jumpe (tak tau lah die jumpe ke atau orang lain jumpe pass kat dia) then charge me RM10.
insane. dan walaupun mulut aku kata halal, hati aku TAK. kawan-kawan aku yang sama2 ikut mase cari tiket tu suruh aku email kan ajer kat bos security. tapi aku ade hati budi jgk, takkan sebab RM10 makcik tu nak kene buang kerja plak ke ape ke. kesian plak sebab RM10 aku tu, tutup rezeki orang. kalau aku buat gitu jgk, so maksudnya aku sama macam makcik tu. harap-harap one day dia terkena jgk macam aku, so dia akan berfikir banyak kali tentang apa yang dia pernah buat kat orang lain
wassalam
Facebook tempat luah masalah suami isteri!
macam macam, tapi benar lah kalau korang pernah tengok cerita social network, kiranya pengasas facebook ni berjaya lah mencapai matlamat.
antara mende lain yang memberikan keburukan, staff swasta/kerajaan bukan lagi sibuk seharian buat kerja, tapi menanam dalam farmville (facebook application) . Apa pun, kembali kepada tujuan asal berFB, jangan sampai “laro” nak gaduh pun dalam tu, nak merajuk pun dalam tu.
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Perbincangan masalah rumah tangga secara terbuka di laman sosial Facebook semakin menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri yang berdepan konflik perkahwinan.
Trend itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malah diibaratkan seperti membuka pekung di dada.
Sedangkan masalah tersebut seharusnya dibincangkan secara tertutup bersama pasangan masing-masing.
Buktinya, penyelidikan Utusan Malaysia mendapati, salah satu kumpulan dalam Facebook iaitu Kisah Rumah Tangga amat popular di kalangan pasangan suami isteri teraniaya.
Ia menjadi medan perbincangan dan luahan perasaan dalam mendapatkan khidmat nasihat berhubung konflik rumah tangga mereka.
Amat mengejutkan, ruangan mengandungi hampir 200 kisah dan konflik rumah tangga itu turut mendapat ratusan maklum balas serta pandangan daripada ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada 65,945 orang.
Antara topik yang hangat dibincangkan adalah:
Suami lebih gemar bermain permainan video Playstation 3 (PS3) dan menonton kartun Naruto daripada melayan isteri Suami curang dan ada akaun kedua Facebook Suami kuat merokok dan mengabaikan nafkah keluarga Membicarakan fenomena ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, komunikasi lemah antara pasangan dikenal pasti punca suami atau isteri beralih kepada Facebook atau laman sosial lain.
“Saya dapati pasangan suami isteri hari ini terlalu mudah mempercayai dan meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
“Mungkin mereka fikir cara itu dapat meredakan tekanan. Hakikatnya, ia juga memporak-perandakan hubungan sesama pasangan. Tambahan pula, semakin banyak kes perceraian yang berlaku disebabkan amalan luahan perasaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru.
sumber : utusan online