Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Post

penumpang cilik

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di
Ipoh… cakap pada anak saya.” Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. .
“Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!” Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
“Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?” Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti d**ejutkan.. !” Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali.

Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. “Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?” Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. “Oh
sudah sampai ya!” lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. . “Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan. “Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!

Post

aizat dan cikgu

Assalamualaikum WBT

post kali ni menyentuh sikit perkara yang berlaku sewaktu melepak2 bersama rerakan di batas baru k.terengganu.

alkesah……….

mula-mula pada asal tujuan ke bandar nak mencari ‘hadiah’ untuk xyl abg najei. dan ‘hadiah’ tu merupakan apa yang aku minat jugak iaitu haiwan peliharaan. so sewaktu pengembaraan tu, abg najei cq2 di channel perkahwinan dan tersembul lah audio pok check dan juga abg medang yang juga kebetulan berada di bandaraya. Apa lagi lah, kiteorg pun berpakat bertengo-tengolan di kawasan batas baru.

aku memarkir kereta dengan keadaan lintang di batas baru tersebut dan turun dari kereta terkejut dengan telatah seorang pakcik (tokey kedai makan) kat situ mencuit kite orang seperti dah kenal 10tahun mengajak kami duduk bertandang ke kedai dia. tak sempat nak pilih lagi kedai mana nak duduk. dia dah keluar dari kedai.. menyambut kami bak penyanyi dangdut inul darastista (tak tau lah betul tak ejaan ni).

aku masa tu dah tersenyum simpul dah… betul ke dengan pakcik ni.. ekekek.. jadi dia pun keluarkan kertas, dan pen dan mula mengambil order seperti seorang wartawan hiburan sensasi. dialognya mungkin begini lah “cikgu, nak makan ape? nasi putih ada, nasi ayam ade, mee goreng ada, semua ada”. telan air liur aku dengar ape yang pakcik tu panggil kiteorang. CIKGU? hahahahahaha.. walhal seorang pun dikalangan kami ni takde rupe cikgu, mungkin lah ada sorang lah antara kami tu muka bengis sikit macam cikgu

gambaran abg najei - bukan gambar sebenar

HEM (hal ehwal murid a.k.a cikgu disiplin) iaitu pok check. tapi tak mungkin sebab pok check tak membawa rotan santubung dia sewaktu itu… masa tu menahan lagi gelak aku. kite orang pun cakap “kami takmboh makan pakcik, minum-minum dah lah”. jadi setiap kami mengorder seorang segelas air. selepas hantar air. pakcik tu datang lagi. “ke cikgu nak kerepok?”. skali lagi abg najei menjawab. “kami takmboh makan pokcik” kali ni dengan nada sedikit garang, ala-ala nak menjadi hulk hogan. tapi tak sempat sebab kami sewaktu tu bersembang tentang mende yang lagi angun daripada awek hulk hogan di sebelah.

jadi sewaktu asyik bersembang, tiba-tiba rahmatnya hujan turun pulak sehinggan tempat kami “pias” dan terpaksa beralih ke satu tapak yang lain dan sewaktu itu lah terkeluar daripada mulut pakcik tu. “aizat, pindah tempat lah hujan sana tu” . aku terkebil-kebil waswas. siapakah aizat yang dipanggil oleh pakcik itu? aku kah? abg medan kah? atau abg najei kah? atau al chek kah? dalam hati dah bermain-main… “ahhhh itu hanya sekadar perasaan je ni”.

britney spears yang di panggil ustazah

jadi kami berpindah tempat. tapi sebelum tu sekeluarga yang datang makan disitu memangil pakcik tersebut untuk mengira makanan yang di makan. dan sekali lagi aku menahan gelak. dia pun panggil sekeluarga tu dengan gelaran cikgu. cikgu untuk si lelaki. dan ustazah untuk si perempuan.

yang tak boleh tahan nya nok. pakcik tu panggil ustazah kat perempuan tu yang free hair dan memakai baju ketat ala-ala britney spears. waduh-waduh.. pakcik ni biar betul..  aku menahan ketawa dengan senyum simpul. kalau britney spear datang kat kedai dia, dia panggil ustazah… mesti ramai terpegun.

jadi di tempat baru kami sambung lagi topik tadi sambil menanti cikgu medan menghabiskan makanan jadi selepas dah habis makan cikgu medan kami pun memangil pakcik itu untuk mengira brapa semuanya.

selepas bayar kami pun nak blah. dan tanpa di duga pakcik tu mengucapkan “terima kasih ya cikgu” kepada kami semua. dan yang akhirnya dia bertanya kepada aku. “aizat nak balik dah?”. erk aku menelan air liur.. biar betul pakcik ni… macam mana pakcik ni boleh tau nama aku aizat ni (walaupun nama aku bukan aizat). aku senyap tanpa jawapan, sebab ingatkan pakcik tu tanya kat orang lain. dan sekali lagi dia mengulangi pertanyaan “aizat nak balik dah?”, dan aku jawab tak mahu pakcik tu terkecil hati. ya ya .. “kiteorang” nak balik dah. tengok ayat kiteorang tu menunjukkan aku bukan berlaku sebagai aizat. tapi sebagai semua ya.. ekekeke jadi lepas aku jawab tu baru lah pakcik tu angkat tangan. dan aku balas balik. ya aw aw…

aku (bukan sebenar) selepas diberi nama oleh pakcik batas baru

masuk dalam kereta aku tak habis lagi gelak dengan abg najei. aku tanye abg najei. kenapa pakcik tu panggil aku aizat?

adakah rupa aku macam muka penyanyi aizat kah? ataupun aku ada iras2

penyanyi kesukaan dia kah? atau pun pakcik tu boleh menilik nasib, mungkin kalau guna nama aizat, aku lebih murah rezeki. tapi yang penting. aku ada gitar macam aizat, aku pandai nyanyi jugak skit2 berkaraoke seperti aizat. tetapi aku rasa aku lebih macho kot dari aizat. atau memang pakcik tu berkenan nak letak nama anak dia yang seterusnya aizat. tapi yang penting. hidung ku tak seperti hidung aizat yer.. u ol semua jangan pandai2 cakap hidung nok sama dengan hidung aizat tau.. nahas!

namun begitu. kami bercadang nak ke sna sekali lagi.  tapi kali ni aku akan rakan apa pakcik tu cakap plak.. wahahaha..

dan akhir sekali project kami pada hari itu mencari haiwan ternakan abg najei untuk diberikan kepada kekasihnya berjaya. yey… syabash.. 2 ekor. dan kak dah mengukir senyuman tengok 2 ekor guiney pig menjadi miliknya

sekian.

aizat (bukan nama sebenar)

Post

Suami Baik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”
More…