Suami Baik
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”
More…
Jangan Ambil Telur Saya!
tengah2 duk pening2 mikir macam mana nak faham antara sosialis dengan kapitalis ni.. tanye pakcik blog terjumpe lah satu kisah yang mudah bagi kita untuk memahami apa itu sosialis
===================================================================
Pada satu hari, pemilik bank berbual-bual dengan penternak ayam di sebuah kedai kopi.
Penternak ayam bertanya,”Tuan orang yang banyak ilmu bukan, apa itu sosialis?”
“Oh begini, dalam kampung ini kita ada Pak Man, pemilik lembu. Jadi sebagai orang kampung di sini, kita semua akan dapat makan daging lembu, minum susu lembu secara percuma dari hasil usaha keras Pak Man seorang.” Ujar pemilik bank sambil menghisap paip.
“Wah, itu sudah bagus! Kalau begitu memang saya setuju dan sokong sangat tu. Baik banget!” Jerit penternak ayam kegembiraan.
“Bukan itu sahaja, saya, Pak Man dan semua orang kampung juga akan berkongsi daging ayam dan telur-telur ayam yang tuan ada.” Sambung pemilik bank sambil menghembus-hembuskan asap paipnya ke atas.
“Ini tidak boleh jadi! Saya tidak setuju!” Jawap penternak ayam dengan muka yang merah sambil berlalu pergi.
dicedok dari pakdi.my
main dalam kapal terbang
Waktu tensen dan nak start study ni kita baca dulu kisah lucu…
Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.
Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. “Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!” bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang.
Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! “Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?”
“Habis… tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la.”
“HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?”
“Kan kami nie pemain simpanan…”.