My New Domain!!
at last i’m now the owner of hafriz.com
to all my friends, please do visit hafriz.com as mohdhafriz.com will be terminated soon.
THanks!!
Facebook tempat luah masalah suami isteri!
macam macam, tapi benar lah kalau korang pernah tengok cerita social network, kiranya pengasas facebook ni berjaya lah mencapai matlamat.
antara mende lain yang memberikan keburukan, staff swasta/kerajaan bukan lagi sibuk seharian buat kerja, tapi menanam dalam farmville (facebook application) . Apa pun, kembali kepada tujuan asal berFB, jangan sampai “laro” nak gaduh pun dalam tu, nak merajuk pun dalam tu.
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Perbincangan masalah rumah tangga secara terbuka di laman sosial Facebook semakin menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri yang berdepan konflik perkahwinan.
Trend itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malah diibaratkan seperti membuka pekung di dada.
Sedangkan masalah tersebut seharusnya dibincangkan secara tertutup bersama pasangan masing-masing.
Buktinya, penyelidikan Utusan Malaysia mendapati, salah satu kumpulan dalam Facebook iaitu Kisah Rumah Tangga amat popular di kalangan pasangan suami isteri teraniaya.
Ia menjadi medan perbincangan dan luahan perasaan dalam mendapatkan khidmat nasihat berhubung konflik rumah tangga mereka.
Amat mengejutkan, ruangan mengandungi hampir 200 kisah dan konflik rumah tangga itu turut mendapat ratusan maklum balas serta pandangan daripada ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada 65,945 orang.
Antara topik yang hangat dibincangkan adalah:
Suami lebih gemar bermain permainan video Playstation 3 (PS3) dan menonton kartun Naruto daripada melayan isteri Suami curang dan ada akaun kedua Facebook Suami kuat merokok dan mengabaikan nafkah keluarga Membicarakan fenomena ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, komunikasi lemah antara pasangan dikenal pasti punca suami atau isteri beralih kepada Facebook atau laman sosial lain.
“Saya dapati pasangan suami isteri hari ini terlalu mudah mempercayai dan meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
“Mungkin mereka fikir cara itu dapat meredakan tekanan. Hakikatnya, ia juga memporak-perandakan hubungan sesama pasangan. Tambahan pula, semakin banyak kes perceraian yang berlaku disebabkan amalan luahan perasaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru.
sumber : utusan online
Terberanak
so sambungan daripada kisah pergi balik Terengganu untuk interview, so dalam perjalanan balik, terjadi kisah yang ala-ala kecemasan jugak lah, akak warga jawa timur duk blakang seat aku dalam bas terberanak, dia waktu naik bas memang aku nampak mengandung, dia naik bas dengan pak mertua dia dan juga kawan suami dia (katanya) so masa duk lena di ulit mimpi waktu dah kenyang kedarah kat RNR terakhir bas berhenti, aku pun naik bas, terus landing tidur dalam beberapa jam bas bergerak tiba-tiba aku dengar bunyi budak menangis, aik, dah sampai mane nih, ade budak naik bas ke, aku pun abaikan jer lah, sambung balik tidur, so bunyi makin kuat, aku toleh ke belakang, rupe2nya akak yang tadi duk belakang aku tu, dah keluarga dia angkat gi seat blakang skali dan dalam posisi orang nak beranak. fuh~ terkezut kejap
akak sorang ni plak yang duk depan datang bagi bantuan, mintak kain semua ngan pak mertua dia, pak mertua dia ni plak boleh pulak lambat2 duk pilih kain, anak akak tu dah keluar dah. macam mane aku tau dah keluar? ye lah 1stnye bunyi baby nangis tu, 2nd aku tanye akak yang datang tolong tu, ala-ala gini lah dialognye
“kak, dia dah beranak ke?”
“udah dik, anak nya sudah keluar, kakaknya belum”
erk dalam ati aku pikir, anak dia dah keluar, kakak dia belum keluar. aik, akak ni beranak kembar ke. then aku tanye balik.
“ooooo… kakak die belum keluar, kembar ke kak?”
“takde lah, kakaknya itu uri nya”
akak yang tolong tu pun aku rasa samada jawa atau orang pendatang juga, sebab dari bahasanya, so time tu kat tol karak, so pakcik bas berhenti kat tepi dan inform kat orang tol tu. dalam 15 minit kemudian 2 ambulance datang. satu dari hospital, satu dari poliklinik.

aku sempat jgk lah, time sebelum berhenti sedekahkan surat khabar yang lom abis aku baca kat akak tu, buat lapik apa-apa yang patut. so kire aku ni co-bidan jgk lah yer. ekeke.. aaa. akak yang banyak bantu tu akak yang pakai baju biru dalam gambar atas tu. congrats gak utk akak tu, ‘akak-akak’ yang lain nak pusing blakang pun tak sangup. ekekeke
dalam 20 minit jurawat berusaha utk melakukan sesuatu untuk ‘kakaknya’ sebab anaknya udah keluar, so lepas tu baby pun dibawa turun, so ada lah skeping dua gambar aku snap untuk kenangan, syabas untuk krew ambulance dari Betong dan poliklinik betong. cekap jer dierorg
